Monday, 17 April 2017

Full Service Restaurant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang restaurant yang agak terkenal juga iaitu Windmill Restaurant yang di recommend kan kepada team saya,restaurant ini mengamalkan konsep Full Service Restaurant dan ia menyajikan makanan ala thai dan juga western food, ianya terletak di AEON Shah Alam. Full Service Restaurant atau restoran perkhidmatan penuh ini,adalah restaurant yang menggunakan perkhidmatan waiter dan waitress dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik, pilihan menu mereka adalah untuk menawarkan lebih banyak pilihan hidangan utama, dan juga untuk memperbaiki rasa dan kualiti makanan, terutama selepas menerima maklum balas atau aduan daripada pelanggan.Prosedur Full Service Restaurant perlu termasuk dalam protokol dan sistem yang memastikan pelanggan mendapat apa yang mereka perlukan dan cukup selesa untuk menikmati jamuan dan juga perkhidmatan yang disediakan.

Bagi saya,Windmill restaurant ini agak selesa untuk dikunjungi kerana sebaik sahaja kami sampai di depan restaurant mereka,kami terus disambut oleh salah satu daripada pelayan restaurant mereka yang agak mesra juga, walaupun dia tidak menggunakan 100% bahasa melayu ia tidak menjadi masalah untuk kami memahaminya,ok bagi pilihan menu mereka pula terdapat pelbagai hidangan daripada appertizer sehingalah ke dessert, antara menu appertizer yang menarik perhatian kami ialah half baked scallops,potato skin stuff with seafood dan juga beef loaf,selain itu untuk menu hidangan thailand nya pula tomyam pottek dan juga signature soft shell crab antara yang menarik perhatian kami,tetapi untuk semua menu yang disenaraikan tadi harganya agak mahal sedikit jadi untuk sesiapa yang ingin mencuba nya perlulah membawa bajet lebih sedikit,dan ini adalah sebahagian menu dan juga hidangan western cuisine yang yang disediakan di windmill restaurant.

























tidak lupa juga suasana dan persekitaran yang terdapat di dalam windmill restaurant juga boleh dikatakan agak kemas dan teratur, dan suasana di dalamnya juga tidak terlalu bising,selain itu ditambah lagi dengan servis dan layanan yang baik yang disediakan juga boleh dikatakan agak selesa untuk dikunjungi,dan bagi yang pengemar makanan western cuisines dan thailand bolehlah datang ke windmill restaurant ini di aeon seksyen13 shah alam.


No comments:

Post a Comment