Bagi saya,Windmill restaurant ini agak selesa untuk dikunjungi kerana sebaik sahaja kami sampai di depan restaurant mereka,kami terus disambut oleh salah satu daripada pelayan restaurant mereka yang agak mesra juga, walaupun dia tidak menggunakan 100% bahasa melayu ia tidak menjadi masalah untuk kami memahaminya,ok bagi pilihan menu mereka pula terdapat pelbagai hidangan daripada appertizer sehingalah ke dessert, antara menu appertizer yang menarik perhatian kami ialah half baked scallops,potato skin stuff with seafood dan juga beef loaf,selain itu untuk menu hidangan thailand nya pula tomyam pottek dan juga signature soft shell crab antara yang menarik perhatian kami,tetapi untuk semua menu yang disenaraikan tadi harganya agak mahal sedikit jadi untuk sesiapa yang ingin mencuba nya perlulah membawa bajet lebih sedikit,dan ini adalah sebahagian menu dan juga hidangan western cuisine yang yang disediakan di windmill restaurant.


tidak lupa juga suasana dan persekitaran yang terdapat di dalam windmill restaurant juga boleh dikatakan agak kemas dan teratur, dan suasana di dalamnya juga tidak terlalu bising,selain itu ditambah lagi dengan servis dan layanan yang baik yang disediakan juga boleh dikatakan agak selesa untuk dikunjungi,dan bagi yang pengemar makanan western cuisines dan thailand bolehlah datang ke windmill restaurant ini di aeon seksyen13 shah alam.














